Monday, 14 May 2012

HUJAN DI TENGAH HARI



Sedih rasanya hati di dalam
Mengenangkan peristiwa masa yang telah silam
Di mana aku hidup bersama si dia
Tak pernah rasa aman bahagia

Perselisihan sering terjadi
Walaupun jauh dari nyata dan juga bukti
Namun begitu dia selalu terburu
Tegak meluru menurut nafsu

( korus )
Andainya dia dapat mengubah
Tetap kuterima
Mendirikan mahligai ria
Tapi tak berdaya

Kusangka panas sampai ke petang
Rupanya hujan di tengahari

::  Mengenangkan peristiwa yang lalu merupakan sesuatu yang indah dan juga sukar untuk diungkapkan. Sesetengah masyarakat tidak ingin mengenang peristiwa kerana bimbang ia akan berulang kembali. Namun bukan semudah itu untuk melakukan perkara yang telah terjadi terhadap diri kita sama ada suka, duka, manis, tawar, pahit dan pelbagai lagi.
Pelbagai perasaan yang ditonjolkan dikala pelbagai dugaan yang datang
Tidak semua rumah tangga yang dibina akan berakhir dengan kebahagiaan. Meskipun rumah tersebut dilengkapi dengan anak-anak, perabot yang mewah dan segala apa yang diperlukan, semua ada dalam rumah. 

Namun, ada juga selisih faham dikalangan ahli keluarga samada suami dengan isteri, kakak dengan abang dan sebagainya. Apabila diimbau kembali pergaduhan antara mereka, sukar untuk dilupakan lebih-lebih lagi yang berkait dengan perasaan. 
Pergaduhan antara suami dan isteri boleh menyebabkan mereka berpisah
Kita tidak menjangka apa yang akan berlaku pada keesokan hari, malam esok dan seumpamanya. Perkara yang sudah terjadi, kita tidak undur lagi dan membuat pembetulan. Perkara yang dah lepas, biarlah ia berlalu dan tak usah dikenang lagi
BARANG YANG LEPAS


 
barang yang lepas
jangan dikenang
kalau dikenang
tentu menangis
ooo...)

Barang yang lepas
Hai jangan dikenang
Kalau dikenang
Meracunlah diri

Tiap insan hai tidaklah kekal
Tentu kembali dimana berasal
Janganlah sedih hai janganlah pilu
Serahkan pada allah yang satu

Ooo dunia ibaratnya roda
Naik turun tiada hentinya
Sama juga hidupnya manusia
Ada yang riang
Dan ada yang duka

Barang yang lepas
Hai jangan dikenang
Kalau dikenang
Meracunlah diri

Ooo tak guna menangis memilu
Makin sedih menambah derita
Lupakanlah semua yang lalu
Tidakkan mungkin
Kembali semula

Barang yang lepas
Hai jangan dikenang
Kalau dikenang
Meracun diri
:::kehidupan kita di atas dunia.. Ibarat macam sebuah roda. Kadang-kadang diatas, dibawah, dibelakang, depan dan sebagainya.
Kita yang mencorakkan kehidupan macam mana. Kita sendiri menentukan apa yang kita inginkan dan mahukan. Semua bergantung kepada diri.
Setiap perkara yang terjadi, sudah tentu ada hikmahnya...Allah tidak menjadikan sesuatu perkara tanpa sebab..

Menangis kepada perkara yang tidak akan berulang kembali adalah sia-sia. Sebagai insan yang diciptakan akal yang cukup sempurna hendaklah berfikir dengan rasional dan tidak mengambil keputusan terburu-buru. 
Menangis dikala sesuat musibah yang berlaku
Apa yang sudah berlaku, kita ambil sebagai iktibar dan pada masa akan datang, kita tidak akan mengulangi kembali.

Seorang muslim, dia tidak akan masuk lubang buat kali kedua sekiranya dia sudah tahu yang kawasan yang dia lalu ada sebuah lubang.

Setiap masalah yang berlaku, ada penyelesaiannya. janganlah menyalahkan pada takdir.
BERKORBAN APA SAJA



Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
hmm... hmm... hmm...
Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
:::Setiap amalan yang kita lakukan memerlukan pengorbanan. Samada dari segi duit, harta, masa, tenaga, perasaan dan lain-lain lagi. Bagi mereka yang hanya tertumpu maksud pengorbanan duit sahaja, itu hanyalah sebilangan kecil daripada pengorbanan yang besar.

Masa amat penting kepada semua individu
 
Sebagai contoh ibu bapa. Sejak kita dilahirkan, mereka tidak pernah merungut walaupun sekali dalam tempoh untuk membesarkan. Bahkan segala kasih sayang yang mereka curahkan kepada kita tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Andai ingin ditukar pengorbanan dengan kasih sayang, sudah tentu tidak dapat ditukar ganti walaupun dibayar dengan ribuan ringgit.
Kasih sayang antara ahli keluarga tidak dapat dipisahkan


                    SUARA TAKBIR

Dengar beduk berbunyi
Sayup bergema di subuh sunyi
Memanggil kepada muslimin
Segera berbakti kepada Illahi

Suara azan menyahut
Terdengar sayup memecah sunyi
Memohon restu dengan bakti
Kepada Illahi Tuhan Maha Suci

( korus )
Terdengar suara takbir
Memuji nama Illahi
Rasa dalam kalbu
Tenteram dan aman selalu

Kini tiba masanya
Hati gembira di Hari Raya
Bertemu sanak dan saudara
Bermaaf-maafan dengan keikhlasan
( ulang dari korus )


Setiap muslim akan menantikan kehadiran Syawal pada setiap tahun. Mereka akan menyambut dengan meriah dan juga penuh keindahan di pagi hari raya. Ibu bapa yang berada di kampung menunggu kepulangan anak yang berada di perantauan dengan penuh keriangan. Kanak-kanak yang bunga api bersama kawan-kawan dengan riuh-rendah sekali. Setiap ahli keluarga berganding bahu untuk menyiapkan juadah yang akan dihidangkan pada esok hari. Rumah yang bersih dan meriah dihiasi dengan pelbagai aksesori rumah yang menaikkan seri rumah..

Mendengar seruan azan di pagi raya menunjukkan hari raya sudah tiba. Kanak-kanak bergembira dan semua muslim menyambut dengan ketenangan. Azan tersebut membuat kita terasa dekat dengan Illahi sambil merasa damainya sambutan hari raya tanpa berlaku apa-apa kekacauan.
Bersalam-salaman dan mencium pipi di pagi raya merupakan perkara asas bagi setiap muslim yang menyambut Hari Raya











Seusai solat hari raya di masjid, semua ahli kelurga pulang kerumah untuk bersalam-salaman dan memohon maaf sesama ahli keluarga. Selepas itu, makan bersama keluarga dengan penuh keriangan.

Bergambar bersama ahli keluarga di pagi raya


Tolonglah Kami

 


Tolong kami bantu kami
Anak-anak yatim piatu (2X)
Hidup kami dalam dunia
Tak berbapa tak beribu (2X)
Aduhai insan-insani tolonglah kami (2X)
Allah akan beri rahmat
Dari dunia ke akhirat
Tolong kami bantu kami
Anak-anak yatim piatu
Kalau tuan hati mulia
Bantu kami yatim piatu
Agar dapat kami rasa
Nikmat hidup di dunia (2X)
Seperti anak yang punya ibu dan bapa (2X)
Allah tidak akan lupa
Pada orang yang menderma                               i
Kalau tuan hati mulia 
Bantu kami dengan rela



Kehidupan sebagai seorang anak yang  mempunyai ibu bapa amatlah berbeza dengan kehidupan seorang anak yatim..Setiap insan yang dilahirkan keatas dunia ini sudah termaktub setiap apa ujian yang akan dilaluinya. Maksud anak yatim dari sudut pandangan ulama' adalah apabila seorang kanak yang telah kematian ibu bapanya sama ada kanak-kanak tersebut lelaki mahupun perempuan, mereka digelar sebagai yatim.

                                                   Anak-anak yatim bersama teman-temanya

Allah ta'ala meletakkan darjat yang tinggi pada hambaNya yang yatim iaitu yang tidak mempunyai ibu atau ayah atau kedua-dua sekali.

Sekiranya mereka mempunyai harta peninggalan daripada ibubapa mereka, maka hendaklah bagi pihak yang bertanggungjawab menjaga harta tersebut tanpa menyelewengkannya. Allah ta'ala melarang sekeras-kerasnya kepada mereka yang merosakkan harta dan mencampurkan harta dengan harta orang lain.


Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud,"Dan berikanlah kepada anak-anak yatim harta mereka dan janganlah mencampurkan harta mereka dengan perkara yang buruk dan janganlah sesekali makan harta mereka. Sesungguhnya tindakan menukar adalah dosa yang besar disisi Allah." (Al-Nisa:2)