Tolonglah Kami
Tolong kami bantu kami
Anak-anak yatim piatu (2X)
Hidup kami dalam dunia
Tak berbapa tak beribu (2X)
Aduhai insan-insani tolonglah kami (2X)
Allah akan beri rahmat
Dari dunia ke akhirat
Tolong kami bantu kami
Anak-anak yatim piatu
Kalau tuan hati mulia
Bantu kami yatim piatu
Agar dapat kami rasa
Nikmat hidup di dunia (2X)
Seperti anak yang punya ibu dan bapa (2X)
Allah tidak akan lupa
Pada orang yang menderma i
Kalau tuan hati mulia
Bantu kami dengan rela
Kehidupan sebagai seorang anak yang mempunyai ibu bapa amatlah berbeza dengan kehidupan seorang anak yatim..Setiap insan yang dilahirkan keatas dunia ini sudah termaktub setiap apa ujian yang akan dilaluinya. Maksud anak yatim dari sudut pandangan ulama' adalah apabila seorang kanak yang telah kematian ibu bapanya sama ada kanak-kanak tersebut lelaki mahupun perempuan, mereka digelar sebagai yatim.
Anak-anak yatim bersama teman-temanya
Allah ta'ala meletakkan darjat yang tinggi pada hambaNya yang yatim iaitu yang tidak mempunyai ibu atau ayah atau kedua-dua sekali.
Sekiranya mereka mempunyai harta peninggalan daripada ibubapa mereka, maka hendaklah bagi pihak yang bertanggungjawab menjaga harta tersebut tanpa menyelewengkannya. Allah ta'ala melarang sekeras-kerasnya kepada mereka yang merosakkan harta dan mencampurkan harta dengan harta orang lain.
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud,"Dan berikanlah kepada anak-anak yatim harta mereka dan janganlah mencampurkan harta mereka dengan perkara yang buruk dan janganlah sesekali makan harta mereka. Sesungguhnya tindakan menukar adalah dosa yang besar disisi Allah." (Al-Nisa:2)

No comments:
Post a Comment