Thursday, 26 April 2012

SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT


Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar

Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat

Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda

Buang yang keruh ambil yang jernih 
Baru teguh peribadi
Pergaduhan dalam rumah tangga merupakan perkara biasa bagi pasangan suami isteri. Tiada kebahagiaan dan juga kemesraan dalam keluarga sekiranya masing-masing membawa hala tuju dan nada dalam rumah tangga mengikut 'mood' yang biasa atau normal.
Persefahaman antara suami dan isteri seharusnya dibina sewaktu melangkah ke gerbang perkahwinan. Proses tersebut bukanlah berlaku dalam satu masa sahaja. Ianya seiring sejalan dengan kehidupan kita dalam seharian.. Sekiranya si suami tidak memahami isteri dengan baik,bagaimana proses perbincangan dapat menghasilkan keputusan yang baik?? Begitulah juga sebaliknya. sekiranya tiada persefahaman, memang setiap hari lah gigit lidah..hehe
Sentiasalah mengikat tali kasih sayang antara suami dan isteri..barulah hidup aman dan bahagia..

Bukan ke begitu wahai isteri dan suami yang berada diluar sana dan juga yang sedang membaca blog ini..
::Ini sekadar pandangan saya sahaja..minta maaf andai ada yang tersinggung.. 
 

No comments:

Post a Comment