IBU
Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu
Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu
Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu
Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu
Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu
Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu
:: Kasih ibu terhadap anak yang tiada sempadan mampu melahirkan seorang insan yang bergelar manusia..tanpa ibu,siapalah kita di atas dunia ini..seorang bayi atau kanak-kanak takkan pernah melepaskan genggaman tangan ibunya ketika dia memerlukan seorang ibu..
Jangan sesekali menderhaka ibu kita, (nau'zubillah) kelak kita akan menyesal..pengorbanan ibu terhadap kita terlalu banyak,,andai dihitung dengan jari, sudah pasti tidak cukup..kasih yang tidak ternilai...sejak didalam kandungan sampai dilahirkan..bila dah dapat melihat dunia, ibu memimpin kita ke mana arah yang betul dan harus dituju..
Segala kesusahan yang kita alami sewaktu kecil, ibu mengharunginya tanpa rasa penat dan jemu..tidak pernah sesaat pun ibu meninggalkan kita ketika kita sangat memerlukan ibu.. itulah dia Wahai Ibuku yang disayangi..
Tapi bila teringatkan kisah-kisah yang terpapar dalam akhbar,televisyen, internet..tiba-tiba terasa takut dek kerana sikap dan sifat anak terhadap ibu pada hari ini di tahap kebimbangan..ada yang sanggup memukul ibu kerana wang..ada juga meninggalkan ibu dan juga keluarga atas alasan mengikut teman lelaki..macam-macam sekarang..
Allah s.w.t telah memberi peringatan kepada kita dalam Al-quran supaya berbuat terhadap ibu bapa, jangan membantah percakapan..
Namun, siapakah yang telah menyedari bahawa Allah telah memberi peringatan kepada kita?
dimanakah sikap kita yang sebenar terahadap ibu?adakah kita sanggup meninggalkan ibu sewaktu ibu dalam kesusahan?


No comments:
Post a Comment