Thursday, 26 April 2012

SABAR
Beginikah derita hai orang yang sabar
Dituduh berdusta walaupun bercakap benar
Nama ku dicemar mana ku pergi orang tak gemar
Iman ku takkan bertukar dari menipu biar terlantar

Mengapakah dunia hai penuh tipu daya
Dosa dan maksiat itulah yang diutama
Si jujur menjadi mangsa pandai menipu lekas berharta
Biarlah aku merana aku tak rela hidup berdusta

Di mana keadilan yang aku harap-harapkan
Mengapa kezaliman menjadi balasan
Yang lemah ditekan yang berharta jadi sanjungan
Padamu oh tuhan aku serahkan tetapkan iman

Sabar itu separuh daripada iman..sentiasa lah bersabar dalam menghadap sesuatu ujian yang Allah kurniakan kepada kita..sesungguhnya Allah amat menyayangi orang-orang yang sabar..
 Janganlah kerana benda yang kita suka, kita sanngup menipu  orang lain dan membohongi diri sendiri...itu semua adalah dosa..
Kita diingatkan supaya jangan menzalimi orang lain dan juga memandang rendah pada orang lemah..kita hendaklah sama-sama berganding bahu walau pun pelbagai duagaan yang mendatang..
KISAH RUMAH TANGGA
 Oh dengarlah tuan-tuan
Sebuah kisah suami isteri
Kadangkala terdapat
Si isteri memerintah suami

Oh disuruh duduk-duduk
Dijerit-jerit dibentak-bentak
Suaminya dulu hensem
Rambut panjang dah jadi botak

Oh la la
Kalau memilih isteri alah abang
Biar betul-betul
Jangan tersalah pilih alah abang
Kena queen control

Oh la la la la la la la la
La la la la la la la
Kisah rumahlah tangga
Ada-ada saja

Oh kadang pula terdapat
Suami jahat isteri budiman
Isterinya cukup sabar
Perangai suami ya Allah macam setan

Kalau di belakang isteri
Hai joli sana joli sini
Kalau di depan isteri
Amboi pijak semut pun tak mati


kalau memilih suami alah adik
Biar betul-betul
Jangan tersalah pilih alah adik
Kena kaki botol
Pelbagai  konflik dalam rumah tangga boleh menyebabkan suami dan isteri bercerai..namun ada juga yang tidak bergantung kepada pasangan untuk menanganinya..

Pemilihan suami ataupun isteri merupakan satu aspek yang cukup penting untuk membina sebuah keluarga yang aman damai..kalau tersalah pilih, masing-masing nak menyalahkan diri orang lain..sebelum membuat apa-apa keputusan, fikirlah dahulu sebelum ianya melarat..mengetahui macamana kebahagiaan rumah tangga akan datang ataupun sampai ke hari tua,lihatlah macam mana pasangan suami dan isteri mengendalikannya,,:)
IBU

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

:: Kasih ibu terhadap anak yang tiada sempadan mampu melahirkan seorang insan yang bergelar manusia..tanpa ibu,siapalah kita di atas dunia ini..seorang bayi atau kanak-kanak takkan pernah melepaskan genggaman tangan ibunya ketika dia memerlukan seorang ibu..
Jangan sesekali menderhaka ibu kita, (nau'zubillah) kelak kita akan menyesal..pengorbanan ibu terhadap kita terlalu banyak,,andai dihitung dengan jari, sudah pasti tidak cukup..kasih yang tidak ternilai...sejak didalam kandungan sampai dilahirkan..bila dah dapat melihat dunia, ibu memimpin kita ke mana arah yang betul dan harus dituju..
Segala kesusahan yang kita alami sewaktu kecil, ibu mengharunginya tanpa rasa penat dan jemu..tidak pernah sesaat pun ibu meninggalkan kita ketika kita sangat memerlukan ibu.. itulah dia Wahai Ibuku yang disayangi.. 
Tapi bila teringatkan kisah-kisah yang terpapar dalam akhbar,televisyen, internet..tiba-tiba terasa takut dek kerana sikap dan sifat anak terhadap ibu pada hari ini di tahap kebimbangan..ada yang sanggup memukul ibu kerana wang..ada juga meninggalkan ibu dan juga keluarga atas alasan mengikut teman lelaki..macam-macam sekarang..
Allah s.w.t telah memberi peringatan kepada kita dalam Al-quran supaya berbuat terhadap ibu bapa, jangan membantah percakapan..
Namun, siapakah yang telah menyedari bahawa Allah telah memberi peringatan kepada kita?
dimanakah sikap kita yang sebenar terahadap ibu?adakah kita sanggup meninggalkan ibu sewaktu ibu dalam kesusahan?

Sama-sama kita muhasabah diri kita sendiri, dimana kewajipan kita terhadap ibu kita... 

Saturday, 3 March 2012

Assalamualaikum w.b.t
Nama diberi Che Nor Baesyh bt Che Ahmad..
Berasal daripada W.Bharu Kelantan..

Menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) dalam bidang Bahasa Arab dan komunikasi.
 

Merupakan salah seorang peminat artis seniman dalam bidang nyanyian dan juga lakonan yang tidak asing bagi kita pada hari ini..iaitu: P.RAMLEE

Blog ini dikhususkan untuk mengumpulkan lagu-lagu dan juga lirik-lirik pada setiap video yang dimasukkan ke blog..

Saya berharap agar peminat-peminat P.Ramlee bergembira dengan wujudnya blog ini.
Sekian, terima kasih..hehe..